Dalam mentafsirkan kemanisan adalah senang dan ramai yang tidak memahaminya. Kemanisan umpama gula, apakah kemanisan itu diistilahkan oleh sikap angkuh manusia yang terus mengatakan bahawa manis memudaratkan sedangkan ia menafikan kenikmatannya. Kemanisan senyuman, ungkapan atau kata-kata membuat setiap insan itu hanyut oleh kejahilan mereka sendiri kerana tidak berilmu adalah jelas bahayanya.
Marilah kita berfikir berlandaskan seorang insan yang sentiasa bersyukur atas nikmatnya dan tidak melihat pada pespektif negetif. Ya kita selama ini hanyut bahawa Islam itu menghalang tetapi sebanarnya tidak, tetapi adalah kerana segelintir manusia atau orang-orang yang hendak merosakan umat Islam supaya bersikap menafikan nikmat kurnia Allah dengan kekuasaan-Nya yang Maha Luas tanpa kita sedari. Tanpa sedar rupa kita menolak nikmat yang telah diberikan-Nya dan kerana sedikitnya ilmu, maka kita mengambil jalan mudah.
Bahkan Islam mengajarkan kita agar bersederhana dalam setiap kehidupan maka disini dapat diulaskan bahawa Islam itu luas pergertiannya. Termasuk kemanisan dalam minuman dan makanan haruslah jua sederhana dan sesungguhnya kerosakan dimuka bumi ini adalah kerana perbuatan dan sikap manusia itu sendiri.
Kemanisan ungkapan dan kata-kata adalah lebih bahaya kerana ia akan membuat kerosakan kepada pemikiran seseorang itu dan menghilangkan keyakinan manusia itu kepada Allah. Sesungguhnya berfikirlah dari kejadian manusia itu sediri dan tidakah kamu berfikir. Dan timbul persoalan siapa yang mencipta Langit dan Bumi, mereka akan berkata Allah sedang mereka tidak yakin pada Allah.
Sama juga disini apabila seseorang lelaki itu hendak berkahwin lebih daripada satu, adakah sisuami itu milik isterinya. Kalaulah bergitu hakikat manusia, sesungguhnya ada perkara yang perlu diperbetulkan akidahnya. Tetapi sekiranya ia berkata suami ku adalah milik Allah maka itu adalah ayat yang lebih baik daripada ayat tadi yang menolak bahawa segala yang berada dilangit maupun dibumi adalah milik Allah secara tidak disedari. Begitulah Iblis menyesatkan manusia kerana ia gagal menyesatkan manusia dengan dosa-dosa besar. Apakah kamu tidak berfikir dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah petunjuk jalan yang lurus.
Sama lah jua dengan pengunan istilah Allah sesungguhnya yakinlah Allah berkuasa atas segalanya, namun yang perlu dijaga sekarang ini adalah Islam itu sendiri. Perkara-perkara bersangkutan dengan Islam itu sendiri dari segi pemerintahan, ekonomi, pentadbiran , keselamatan dan sebagainya yang merangkumi semua seperti hukum dan apa jua pun selagi bersangkutan dengan kehidupan.
Kerana musuh-musuh Islam itu tidak mahu Islam itu wujud maka mereka menafikan bahawa Allah itu adalah milik semua manusia, kecuali mereka beriman berserta bertakwa dan keyakinan pada kewujudan Allah.
Katakanlah,"Segala puji bagi Allah, yang tidak punya anak, tidak punya sekutu dan kerajaan-Nya, dan tidak punya pelindung kerana kelemahan (Allah tidak lemah, lantaran itu Dia tidak memerlukan penolong atau pembantu menutupi kelemahan itu) dan muliakanlah nama Tuhan dengan seagung-agungnya."(111) AL-ISRA'
Marilah berfikir dan memahami AL-QURAN sebenar-benarnya agar kita tidak tersasar. Ya Allah pimpinlah kami jalan lurus.
inginmenulis
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
2 tahun yang lalu


Tiada ulasan:
Catat Ulasan