Sg Naybor

Ahad, 31 Januari 2010

HALUAN RAKYAT MALAYSIA

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Penyayang

Terasa jajari melangkah untuk mengungkapkan bahasa sendiri yang mungkin dapat memberi sekelumit sumbangan. Bagi mengemudikan minda lantas garisan tulisan menjerjak untuk terus melangkah, untuk mengungkap bicara yang perlu diutarakan.

Haluan perahu hendaklah lurus maka dengan itu berpeganglah kepada prinsif bahawa keyakinan terhadap pegangan adalah perlu kerana ia akan memandu kita kejalan yang tepat dan tidak merugikan. Siapakah bergerak mengikut gerak langkah yang majunya kehadapan berpandukan kepada Al-Quran & Hadis Rasulallah maka itulah haluan yang betul.

Jadi kenapa kita harus berpandu haluan yang bengkok dan menyulitkan, justeru itu layarlah kapal bersama perjuangan mereka tanpa rasa ragu. Apakah kamu tidak yakin Allah tetap bersama orang-orang yang menegakkan kebenaran.

Haluan apakah dicari ..? dan berpandukan kemanakah arah tujuannya, kita adalah Rakyat Malaysia. Kini dayung bersama kita, untuk mengerakan kemana arah haluan yang akan di bawa. Kalau haluan dipandu kedasar yang sama maka tidak akan ada perubahannya dapat mengubah. Kerana bahtera yang sama membawa muatan keperluan sendiri yang mana kita sedia maklum sikap pemimpin yang 53 THN mengertak kita dengan lakonan yang memusnahkan kita. Apakah kita yang terus menerima kezaliman mereka seperti mana pantai menghakis bila sentiasa dipukul ombak membadai dek dosa yang mereka perbuat.

Marilah kita bersama mengemudikan bahtera dengan dayung ditangan, dan dengan mengembalikan hak kita yang dirampas dengan zalim. Kita buktikan bahawa haluan kita adalah haluan Rakyat Malaysia untuk bersama Pakatan Rakyat.

Marilah kita buktikan bahawa jejari kita yang lemah pada mereka dapat menumbangkan mereka dengan mudah tanpa mencederakan mereka, Pemimpin Yang Zalim.


  
Pilihan Yang Tepat

UNDILAH PAS !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan