Saya rasa terpangil untuk menulis disini ... maka untuk menyedarkan semua agar menampakan kejaguhan yang dilaungkan. Apakah kejaguhan mereka dapat menundukkan kita dengan kata-kata yang hanya untuk memecahkan kebingungan mereka dan kebuntuan mereka.
Apakah secebis perkataan yang dilaungkan dari 1 Malaysia dan Jaguh mereka saja yang jaguh disini kita akan menempatkan kejaguhan rakyat dalam menegakan keadilan dengan tangan rakyat bukan dengan kata-kata yang hanya sebagai pelipur lara.
Kita telah puas dengan kata-kata yang tak mempunyai makna bagi yang berfikir. Selama ini kita diajar untuk mengikut bukan merubah, maka dikala inilah kita bersama merubah agar kita tidak dipermainkan lagi, setelah sekian lama dalam cengkaman mereka yang hanya menyulitkan kita dan merampas hak kita sebagai rakyat selama ini. Apakah kita mahu perkara bergini berterusan sehingga kematian kita tanpa kita memperjuangkan apa-apa untuk kebaikan dihari mendatang? Maka inilah masa dan tempatnya kita merubah untuk jenerasi kita mendatang bahawa kita bukan duduk ditampuk dan dibawah pemerintahan yang sama yang akan merugikan mereka. Kerana itu kita yang perlu berani melakukan perubahan.
Apakah kita hanya diajar hanya untuk menerima tanpa memberi, kita bukan jenis rakyat yang hanya tahu menganguk. Sekali ini kita menegak kejaguhan kita dengan mengeleng dan bersama merubah keadaan yang telah lama mencengkam kehidupan kita sebagai seorang pak turut. Adakah kita jenis yang pengecut hanya bacul kepada yang lemah tapi takut untuk bertindak. Marilah kita tegakan apa yang kita pikir kita betul dan menolak apa yang selama ini apa yang telah mereka lakukan kepada kita sehingga rasuah tidak terkawal, maksiat tiada penghujung, kemungkaran berterusan, menolak hukum yang benar, dan mereka bertopeng dilandasan kelemahan kita.
Penindasan yang berterusan tanpa kita sedari dari sikap mereka yang mementingkan diri mereka sendiri, sehingga apa yang patut untuk kita dinafikan. Apakah ini yang kita mahukan ...??
Kejaguhan kita sebagai Rakyat Malaysia hanya terbukti dengan tindakan kita berani BERUBAH...??
ingin menuli lagi
Kejaguhan kita sebagai Rakyat Malaysia hanya terbukti dengan tindakan kita berani BERUBAH...??
ingin menuli lagi
BERUBAH BERSAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan