Sg Naybor

Ahad, 31 Januari 2010

RAKYAT JAGOH

HALUAN RAKYAT MALAYSIA

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Penyayang

Terasa jajari melangkah untuk mengungkapkan bahasa sendiri yang mungkin dapat memberi sekelumit sumbangan. Bagi mengemudikan minda lantas garisan tulisan menjerjak untuk terus melangkah, untuk mengungkap bicara yang perlu diutarakan.

Haluan perahu hendaklah lurus maka dengan itu berpeganglah kepada prinsif bahawa keyakinan terhadap pegangan adalah perlu kerana ia akan memandu kita kejalan yang tepat dan tidak merugikan. Siapakah bergerak mengikut gerak langkah yang majunya kehadapan berpandukan kepada Al-Quran & Hadis Rasulallah maka itulah haluan yang betul.

Jadi kenapa kita harus berpandu haluan yang bengkok dan menyulitkan, justeru itu layarlah kapal bersama perjuangan mereka tanpa rasa ragu. Apakah kamu tidak yakin Allah tetap bersama orang-orang yang menegakkan kebenaran.

Haluan apakah dicari ..? dan berpandukan kemanakah arah tujuannya, kita adalah Rakyat Malaysia. Kini dayung bersama kita, untuk mengerakan kemana arah haluan yang akan di bawa. Kalau haluan dipandu kedasar yang sama maka tidak akan ada perubahannya dapat mengubah. Kerana bahtera yang sama membawa muatan keperluan sendiri yang mana kita sedia maklum sikap pemimpin yang 53 THN mengertak kita dengan lakonan yang memusnahkan kita. Apakah kita yang terus menerima kezaliman mereka seperti mana pantai menghakis bila sentiasa dipukul ombak membadai dek dosa yang mereka perbuat.

Marilah kita bersama mengemudikan bahtera dengan dayung ditangan, dan dengan mengembalikan hak kita yang dirampas dengan zalim. Kita buktikan bahawa haluan kita adalah haluan Rakyat Malaysia untuk bersama Pakatan Rakyat.

Marilah kita buktikan bahawa jejari kita yang lemah pada mereka dapat menumbangkan mereka dengan mudah tanpa mencederakan mereka, Pemimpin Yang Zalim.


  
Pilihan Yang Tepat

UNDILAH PAS !

Rabu, 27 Januari 2010

Ahad, 24 Januari 2010

KEMANISAN

Dalam mentafsirkan kemanisan adalah senang dan ramai yang tidak memahaminya. Kemanisan umpama gula, apakah kemanisan itu diistilahkan oleh sikap angkuh manusia yang  terus mengatakan bahawa manis memudaratkan sedangkan ia menafikan kenikmatannya. Kemanisan senyuman, ungkapan atau kata-kata membuat setiap insan itu hanyut oleh kejahilan mereka sendiri kerana tidak berilmu adalah jelas bahayanya.

Marilah kita berfikir berlandaskan seorang insan yang sentiasa bersyukur atas nikmatnya dan tidak melihat pada pespektif negetif. Ya kita selama ini hanyut bahawa Islam itu menghalang tetapi sebanarnya tidak, tetapi adalah kerana segelintir manusia atau orang-orang yang hendak merosakan umat Islam supaya bersikap menafikan nikmat kurnia Allah dengan kekuasaan-Nya yang Maha Luas tanpa kita sedari. Tanpa sedar rupa kita menolak nikmat yang telah diberikan-Nya dan kerana sedikitnya ilmu, maka kita mengambil jalan mudah.

Bahkan Islam mengajarkan kita agar bersederhana dalam setiap kehidupan maka disini dapat diulaskan bahawa Islam itu luas pergertiannya. Termasuk kemanisan dalam minuman dan makanan haruslah jua sederhana dan sesungguhnya kerosakan dimuka bumi ini adalah kerana perbuatan dan sikap manusia itu sendiri.

Kemanisan ungkapan dan kata-kata adalah lebih bahaya kerana ia akan membuat kerosakan kepada pemikiran seseorang itu dan menghilangkan keyakinan manusia itu kepada Allah. Sesungguhnya berfikirlah dari kejadian manusia itu sediri dan tidakah kamu berfikir. Dan timbul persoalan siapa yang mencipta Langit dan Bumi, mereka akan berkata Allah sedang mereka tidak yakin pada Allah.

Sama juga disini apabila seseorang lelaki itu hendak berkahwin lebih daripada satu, adakah sisuami itu milik isterinya. Kalaulah bergitu hakikat manusia, sesungguhnya ada perkara yang perlu diperbetulkan akidahnya. Tetapi sekiranya ia berkata suami ku adalah milik Allah maka itu adalah ayat yang lebih baik daripada ayat tadi yang menolak bahawa segala yang berada dilangit maupun dibumi adalah milik Allah secara tidak disedari. Begitulah Iblis menyesatkan manusia kerana ia gagal menyesatkan manusia dengan dosa-dosa besar. Apakah kamu tidak berfikir dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah petunjuk jalan yang lurus.

Sama lah jua dengan pengunan istilah Allah sesungguhnya yakinlah Allah berkuasa atas segalanya, namun yang perlu dijaga sekarang ini adalah Islam itu sendiri. Perkara-perkara bersangkutan dengan Islam itu sendiri dari segi pemerintahan, ekonomi, pentadbiran , keselamatan dan sebagainya yang merangkumi semua seperti hukum dan apa jua pun selagi bersangkutan dengan kehidupan.

Kerana musuh-musuh Islam itu tidak mahu Islam itu wujud maka mereka menafikan bahawa Allah itu adalah milik semua manusia, kecuali mereka beriman berserta bertakwa dan keyakinan pada kewujudan Allah.

Katakanlah,"Segala puji bagi Allah, yang tidak punya anak, tidak punya sekutu dan kerajaan-Nya, dan tidak punya pelindung kerana kelemahan (Allah tidak lemah, lantaran itu Dia tidak memerlukan penolong atau pembantu menutupi kelemahan itu) dan muliakanlah nama Tuhan dengan seagung-agungnya."(111) AL-ISRA'

Marilah berfikir dan memahami AL-QURAN sebenar-benarnya agar kita tidak tersasar. Ya Allah pimpinlah kami jalan lurus.

inginmenulis

Jumaat, 22 Januari 2010

Kemenangan (AL-FATH)


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Penyayang.

Kami akan menganugrahi kamu dengan satu kemenangan yang gemilang.(1) Sehubungan dengan itu, mohonlah agar Allah memberi ampun kepadamu dari segala dosamu yang lampau maupun yang mendatang, dan supaya disempurnakan kurnia-Nya kepadamu, dan supaya dipimpin-Nya kamu ke jalan yang benar.(2) Dan agar Allah menolong kamu denganpertolongan yang kuat.(3) Dialah yang telah menurunkan ketenteraman kepada hati kaum Muslimin, supaya bertambah-tambah kuat keimanannya. Allah mempunyai tentera langit dan bumi. Tuhan Mahatahu, Mahabijaksana.(4) Supaya Allah masukan kaum mukminpria/wanita dalam sorga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, tempat mereka yang abadi, dan supaya Allah ampuni segala dosa mereka itu. Dalam pandangan Allah itu adalah satu kemenangan yang besar.(5) AL-FATH

BN Naik Minyak



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan 1Malaysia akan memperkenalkan mekanisme harga baru petrol sebelum bulan Mei ini.

Menurut beliau Majlis Ekonomi Negara akan menentukan sama ada harga petrol akan naik atau sebaliknya. Berdasarkan perkembangan harga semasa di pasaran dunia, harga petrol terus menunjukkan peningkatan.

Jadi pengumuman kerajaan sebelum Mei nanti sudah boleh dijangka, harga minyak akan naik! Kecualilah, kalau betul-betul rakyat didahulukan dan gimik menjadi juara rakyat diutamakan maka harga minyak akan turun.

Bila harga minyak naik maka faham-fahamlah, harga barang akan melambung dan seterusnya inflasi akan meningkat. Tetapi yang peliknya, menteri yang sama kelmarin berkata harga barang dijangka tidak naik lagi selepas ini.

Tak tahulah siapa penasihat ekonomi menteri ini atau menteri ini memang tak belajar bab ekonomi.

Bila harga minyak naik, kita wajar beterima kasih kepada kerajaan 1Malaysia kerana berterusan menjaga kebajikan rakyat agar kita terus berterima kasih dan mengundi parti juara rakyat ini pada pilihanraya umum akan datang.

Maka semua rakyat di negara ini perlu bersiap sedia untuk naik minyak.

Apakah Negara Kita Membeli atau Menjual Minyak ... ?? "Jadi kepelikan kita ada barang, kita jual pada diri kita sendiri mahal."  Apakah kita yang punya kebun sayur, kalau nak makan kita kena bayar mahal.??
Negeri pengeluar minyak Sarawak, Sabah, Trengganu, Kelantan.

Berfikir Untuk Berubah....

SIAPA JAGUH



Saya rasa terpangil untuk menulis disini ... maka untuk menyedarkan semua agar menampakan kejaguhan yang dilaungkan. Apakah kejaguhan mereka dapat menundukkan kita dengan kata-kata yang hanya untuk memecahkan kebingungan mereka dan kebuntuan mereka.

Apakah secebis perkataan yang dilaungkan dari 1 Malaysia dan Jaguh mereka saja yang jaguh disini kita akan menempatkan kejaguhan rakyat dalam menegakan keadilan dengan tangan rakyat bukan dengan kata-kata yang hanya sebagai pelipur lara.

Kita telah puas dengan kata-kata yang tak mempunyai makna bagi yang berfikir. Selama ini kita diajar untuk mengikut bukan merubah, maka dikala inilah kita bersama merubah agar kita tidak dipermainkan lagi, setelah sekian lama dalam cengkaman mereka yang hanya menyulitkan kita dan merampas hak kita sebagai rakyat selama ini. Apakah kita mahu perkara bergini berterusan sehingga kematian kita tanpa kita memperjuangkan apa-apa untuk kebaikan dihari mendatang? Maka inilah masa dan tempatnya kita merubah untuk jenerasi kita mendatang bahawa kita bukan duduk ditampuk dan dibawah pemerintahan yang sama yang akan merugikan mereka. Kerana itu kita yang perlu berani melakukan perubahan.


Apakah kita hanya diajar hanya untuk menerima tanpa memberi, kita bukan jenis rakyat yang hanya tahu menganguk. Sekali ini kita menegak kejaguhan kita dengan mengeleng dan bersama merubah keadaan yang telah lama mencengkam kehidupan kita sebagai seorang pak turut. Adakah kita jenis yang pengecut hanya bacul kepada yang lemah tapi takut untuk bertindak. Marilah kita tegakan apa yang kita pikir kita betul dan menolak apa yang selama ini apa yang telah mereka lakukan kepada kita sehingga rasuah tidak terkawal, maksiat tiada penghujung, kemungkaran berterusan, menolak hukum yang benar, dan mereka bertopeng dilandasan kelemahan kita.

Penindasan yang berterusan tanpa kita sedari dari sikap mereka yang mementingkan diri mereka sendiri, sehingga apa yang patut untuk kita dinafikan. Apakah ini yang kita mahukan ...??

Kejaguhan kita sebagai Rakyat Malaysia hanya terbukti dengan tindakan kita berani BERUBAH...??


ingin menuli lagi

BERUBAH BERSAMA












Selasa, 19 Januari 2010

AL-AHKAF

hidayahKami sudah memberi amanat kepada insan, supaya menyantuni ibu bapaknya, oleh kerana dia sudah dikandung oleh ibunya dengan susah payah. Kuarang lebih tiga puluh bulan lamanya dari dikandung, disusui sampai disapih Sehingga apabila dia meningkat dewasa, sampai empat puluh tahun usianya, maka seyoganya dia mendoakan ,”Ya Tuhan, berikan aku ilham untuk selalu bershukur kepada-Mu, atas nikmat yang telah Kau kurniakan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan supaya aku bisa berbuat baik selalu, sebagaimana engkau sukai dan adakanlah perbaikan pada anak keturunanku. Aku mohon taubat kepada-Mu. Aku adalah seorang Muslim.”(15)

Mereklah orang-orang yang kami terima perbuatan baiknya dan yang Kami ampuni perbuatan-perbuatannya yang tidak baik. Mereka berada bersama-sama ahli surga, suatu janji yang betul-betul dijanjikan kepada mereka. (16)

http://alik166.wordpress.com

Khamis, 14 Januari 2010

Konspirasi Dunia- Bulan Sabit dan Bintang Lambang Islam?


This Blog Team Kebangkitan Islam
This Blog
Team Kebangkitan Islam
.
Konspirasi Dunia- Bulan Sabit dan Bintang Lambang Islam?
Posted by Free Our Mind Thursday, November 19, 2009 at 2:50 PM






Adakah ini lambang sebenar Islam? Bagaimana umat Islam disihir dengan dahsyatnya pada zaman sekarang? Sila baca artikel ini selanjutnya untuk mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku di sekeliling kita.


Saya mulakan artikel ini dengan petikan ayat dari Al-Quran.

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:

"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.

Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
Al-Baqarah 102


Berdasarkan ayat di atas dan tajuk artikel ini, apa yang dapat anda semua kaitkan? Buka mata, buka hati. Insya Allah anda akan dapat mengungkaikan puzzle ini. Setelah kewafatan Rasullulah s.a.w dan berakhirnya zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rashidin, umat Islam sebenarnya telah disihir dengan teruk oleh musuh nombor 1, yang telah sekian lama diberikan amaran oleh Rasullulah s.a.w.

Siapakah yang dimaksudkan itu?
Sudah tentulah Dajal/The Antichrist dan konco-konconya!

Rabu, 13 Januari 2010

KERJA ORANG LAIN BOLEH BUAT

http://www.harakahdaily.net/v2

Apakah kita yang bodoh dapat melihat apakah kerja sebodoh ini di pamerkan yang mengatakan mereka membuat kerja yang baik. Kalau budak kecil pun tahu kalau air tu bergerak dalam batang besi dapat dirasakan...apalah kita diperbodohkan oleh pemimpin kita dengan pembangunan yang hanya sedikit sedangkan  orang lain dah menjangkau jauh..??
Berfikir bersama berubah

Selasa, 12 Januari 2010

AL-BAQARAH

سُوۡرَةُ البَقَرَة

وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَـٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَـٰنَ‌ۖ وَمَا ڪَفَرَ سُلَيۡمَـٰنُ وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَڪَيۡنِ بِبَابِلَ هَـٰرُوتَ وَمَـٰرُوتَ‌ۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٌ۬ فَلَا تَكۡفُرۡ‌ۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦ‌ۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡ‌ۚ وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَٮٰهُ مَا لَهُ ۥ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنۡ خَلَـٰقٍ۬‌ۚ وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦۤ أَنفُسَهُمۡ‌ۚ لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُونَ (١٠٢)


Dan mereka ikuti cerita-cerita setan pada masa kerajaan Sulaiman padahal Sulaiman tidak kafir, tetapi setan-setan itu yang kafir, yang mengajar ilmu sihir kepada manusia dan mereka mengikuti ajaran yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babilon, di zaman Harut dan Marut dan keduanya itu tidak mengajarkan kepada seseorang, melainkan dinasihatnya bahawa sebenarnya yang kami ajar ini hanya sebagai ujian, kerananya janganlah engkau menjadi kafir. Lalu mereka mempelajari ilmu dari dua malaikat tadi untuk menceraikan antara suami dan isteri. Dan mereka tidak bisa membuat celaka seseorang dengan perbuatanya itu, kecuali dengan izin dari Allah dan mereka belajar hanya apa yang mencelakakan, bukan yang akan membawa manfaat kepada mereka. Dan sungguh mereka itu mengetahui bahawa oarang yang mempelajari ilmu yang demikian itu tidak akan mendapat bagian apa-apa nanti di akhirat. Alangkah kejinya pengorbanan yang mereka lakukan itu kalau mereka menyedari.(102)

Isnin, 11 Januari 2010




BARISAN (ASH-SHAFF)

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Penyayang,

Segala yang ada di langit dan di bumisemuanya tasbih kepada Allah. Dialah Yang Maha Kuasa Maha Bijaksana. (1)
Hai orang-orang yang beriman, kenapa kamu berkata lain daripada yang perbuat? (2)
Amat besar murka Allah, perkataanmu lain daripada perbuatanmu. (3)

http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/07/kajian-hadis-rasullulah-tanda-kiamat_23.html

Ahad, 10 Januari 2010

www.namanyabor/rahsia



Apakah jenis binatang yang mulunya terganga tu...itu binatang nama buaya. Saya terasa terkilan tentang cerita nama yang terbit dari rusa kepada buaya apakah begini rupanya rusa???

Alangkah rabunnya mata - Ungkapan yang pasti menjadi gambaran bersifat seperti mana buaya itu mempamerkan giginya yang tajam begitulah umpamanya pemimpin mengambil harta milik negara dan di jadikan harta peribadi. Dimanakah hasil bumi Sarawak yang hutan rimba habis di terokai sehingga membotak dan di lapiskannya hasil bumi Sarawak dengan tipu muslihat mereka. Apakah kita tidak melihat kini melata tanaman kelapa sawit mengantikan balak yang telah hilang lenyap kemana hanyut hasilnya hutan...namun Sarawak tetap seperti biasa dimana penduduknya mengemis pada dataran kampung sendiri yang kini tanah yang luas telah benama dan mereka menduduki tanah yang telah bernama walaupun bertapak puluhan tahun. Apakah kita masih menjadi boneka mereka yang sememangnya telah mengkhianati kita tanpa kita sedari kerana kejujuran kita memberikan amanah kepada mereka. Kita diperkudakan sebagai binatang tungangan mereka dan kemanakah arah warisan kita nanti ???

Marilah kita memikirkan bagaimana ... jangan kita hanya tahu melaungkan agik idup agik ngelaban sedangkan kita dikhianati mereka. Apakah tidak cukup apakah yang telah mereka miliki sehingga anak cucu kita merempat kerana ketamakan mereka....BERFIKIRLAH rakyat Sarawak untuk BERUBAH.

RUMPUT


Semak
             Inilah suatu pemandangan yang menyedakan kerongkong anda apabila semua semak samun menyelinap keseluruh kerongkong. Apa akan berlaku sekiranya semak ini telah menawan persekitaran maka bila hujan apakh akan berlaku???

             Siapakah yang bertangungjawab atas semuanya adakah penduduk atau pihak yang berwajib pasti anda mempunyai penilaian sendiri. Apakah perlu bagi kita mengatasinya dan bagaimana untuk mengatasinya. Banjir pasti akan berlaku dan kemungkinan telah kerap kali berlaku namun apakah kesudahan nya. Pernahkah ini berlaku sebelumnya maka disini kita harus berfikir dengan kepala lutu kita yang sememangnya telah membengkak...Orang yang suka bersikap dengki adalah mereka yang amat rugi sekali.


            

Sungai NYABOR