Sg Naybor

Ahad, 18 April 2010

Al-Maidah

Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang yang lurus kerana Allah semata, menjadi saksi yang adil. Dan janganlah kebencianmu kepada sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak adil. Berbuat adillah, kerana (adil) lebih mendekatkan kepada taqwa. Dan takwalah kepada Allah. (Kerana) sesungguhnya Allah amat Mengetahui apa yang kamu kerjakan.(8) Al-Maidah

Sarawak Terpinggir

Rintihan Bumi Kenyalang
Sarawak Terpinggir
Dari Arus Pembangunan
Material dan Spiritual

1. Lawatan saya ke Bumi Kenyalang dalam misi memperkasa gerakan Pemuda PAS dan Pemuda Pakatan Rakyat di sana sungguh bermakna dan benar - benar menyentuh sanubari seorang pejuang .

2. Semangat anak - anak muda yang ingin melihat perubahan besar berlaku di negeri Sarawak cukup meyakinkan bahawa Sarawak adalah bumi yang subur buat perjuangan Islam yang kita dokong ini .

3. Sarawak sebagai sebuah negeri yang mempunyai banyak hasil bumi seperti minyak , gas , balak dan lainnya adalah sebuah negeri yang berpotensi besar untuk menjadi negeri yang paling maju di Malaysia dan rakyatnya pula adalah rakyat yang paling selesa dan bahagia . Bertolak dari kemajuan dan keselesaan itu pula , Sarawak sewajarnya mampu membekalkan ilmu dan pendidikan yang baik malah bertaraf dunia kepada seluruh rakyatnya .

4. Namun malang sejuta kali malang apabila rakyat Sarawak disenaraikan antara rakyat yang paling miskin dalam negara kita . Inilah musibah besar yang terpaksa dihadapi oleh rakyat negara ini ekoran penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana negara yang sangat ketara . Lihat sahaja negeri Terengganu yang turut mendapat jolokan sebagai Kuwait Malaysia seketika dulu lantaran minyak yang melimpah dikurniakan Allah swt , tetapi dukanya Rakyat Terengganu juga antara rakyat termiskin dalam negara ini .

5. Sarawak yang hanya mempunyai 2.4 juta penduduk berbanding pendapatan kerajaan negeri Sarawak yang sedemikian banyak , selayaknya sejak 47 tahun negeri ini merdeka tiada lagi rakyat yang hidup miskin dan berada di bawah paras kemiskinan yang bisa meluluh sanubari insaniah .

6. Lebih malang 37% ummat Islam [ 888.000 orang ] Sarawak tidak mendapat pendidikan agama yang sewajarnya sebagai seorang muslim terutama kepada muslim yang berada di kawasan pendalaman . Mereka terus terhimpit atau terperangkap dalam kemiskinan dan kejahilan yang parah . Jurang perbedaan tahap upaya ekonomi keluarga juga sangat ketara antara golongan kaya dan miskin . Pemandangan di Sarawak jelas dapat dilihat secara mata kasar bagaimana jurang perbedaan kaya miskin itu selebar jarak "langit dan bumi" .

7. Saya tidak nafi berlakunya perkembangan dakwah dan peningkatan ummat Islam di Sarawak tetapi perlu diingatkan bahawa Islam tidak sekadar mengislamkan insan kemudian meninggalkan mereka kekal dalam keadaan jahil dan terus leka dibawa arus maksiat serta mungkar tanpa ada usaha yang gigih dan berkesan untuk membimbing atau mendidik mereka agar menjadi insan yang soleh dan bertaqwa .

8. Sarawak telah memiliki institusi Islam yang baik seperti surau [ 845 buah ] dan masjid [ 352 buah ] . Malah Sarawak juga turut mempunyai Ngos Islam seperti Harakah Islamiah [HIKMAH] , PERKIM , PERKIS , JIM , ABIM , AMAL , PERKEPIS , SEMISA dan 74 buah Lembaga Amanah Khairat di seluruh negeri Sarawak . Segala potensi ini sewajarnya tidak hanya diberi peruntukkan material berupa dana dan bangunan semata - mata tetapi juga peruntukkan kuasa dan bidang tugas yang lebih luas dan besar agar mereka benar - benar berfungsi tanpa kekangan yang membantutkan usaha murni mereka .

9. Peningkatan 78 buah perkampungan baru Islam si seluruh negeri Sarawak juga mestilah diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan negeri agar kebajikan dan pendidikan mereka dijamin sebaik mungkin . Bukan sahaja kaum dan bangsa yang menganut ajaran Islam tetapi jua kepada seluruh rakyat negeri Sarawak selayaknya diberikan tumpuan oleh kerajaan agar taraf hidup mereka ditingkatkan sekaligus memberi harapan dan sinar baru buat masa depan mereka.

10. Setakat ini , apa yang berlaku di Sarawak ialah pengaruh dan penguasaan ekonomi negeri hanya dibolot oleh golongan pemimpin dan kroni parti pemerintah . Segala projek dari serendah nilai seperti projek angkut sampah hinggalah kepada projek mewah setinggi nilai dikaut dan dikuasai oleh individu dan golongan [ elit ] tertentu sahaja .

Bila Rakyat Berfikir













Jumaat, 16 April 2010

Garis Kebenaran Perjuangan.

Terkilan dengan kenyataan yang tegas daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat ingin menulis lagi membiarkan ruang ini untuk mempamirkan apa yang dikata selari bersama garisan kebenaran serta perjuangan.


Kemanakah hanyutnya kita untuk mempertahankan keputusan dan ketegasan kita dan supaya kita dipandang orang yang seperti lalang apabila mengikut arah angin bertiup. Adakah maruah terletak hanya pada kata-kata dan bukan perjuangan oleh kerana itu nanti akan tergadailah negara bila diperintah oleh mereka yang mudah mengikut dan melutut kepada kejahatan dan bukan kebenaran serta sikap tidak tetap berpendirian.


"Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan BN seperti melutut kepada Amerika Syarikat apabila tidak tetap menyatakan pendirian berhubung isu penggunaan senjata nuklear".

Tegasnya juga, tidak salah untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan Amerika Syarikat, namun bukan menjadi 'pak turut' kepada negara itu sehingga tidak berani menentang kezaliman yang dilakukan Amerika Syarikat terhadap umat Islam.

"Saya nak sebut untuk kita berbaik dengan Amerika tidak apa, tetapi untuk melutut dasar Amerika menentang Iran dan memusnahkan Afghanistan, itu pengkhianatan kepada umat Islam dan negara ini. Apa kenyataan Perdana Menteri dalam isu Iran?

"Kalau kita katakan Iran tak berhak gunakan kekuatan nuklear untuk senjata munasabah tetapi mengapa Israel boleh, mengapa dia (Najib) tak berani menegur Israel dan melutut kepada Amerika Syarikat mengecam Iran di White House, tetapi tidak menegur Israel?

"Pendirian Umno ini yang kita tentang. Di Afghanistan, kita ambil sikap keputusan Obama undur tentera kita setuju, tetapi keputusan menyerang Afghanistan dari awal kita tentang. Perdana menteri Malaysia kata akan hantar 'training' di Afghanistan, 'training' apa bila mana umat Islam dibunuh di Afghanistan?

"Ini bezanya. Saya memang menghargai hubungan baik dengan Amerika tetapi tidak mengemis dan menjadi hamba abdi Amerika Syarikat," tegas beliau.

Beliau berkata demikian sewaktu perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di peringkat jawatankuasa (Kementerian Luar Negeri) di Dewan Rakyat semalam sebagai membidas kenyataan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang mendakwa beliau sangat berpengaruh di Amerika Syarikat disebabkan peranan media.

"Oleh kerana nama saya disebut, satu kira ini satu penghormatan kerana disebut oleh Pasir Salak dan juga Kota Belud, dia berhempas pulas nak pertahankan Apco dan Israel. Dia dengan Rembau sekarang jadi jurucakap Apco. Paling malu bagi umat Islam, apabila orang Melayu Muslim bangun untuk mempertahankan Apco dan kepentingan Israel.

"Saya tak pernah mengatakan saya berpengaruh di Amerika. Pendirian saya konsisten, kita pertahankan hubungan baik dengan semua negara termasuk Amerika Syarikat. Sebab itu saya tidak pernah berbohong kalau saya mengadakan pertemuan berkala dengan bekas Naib Presiden (Amerika) Al Gore sampai sekarang.

"Bezanya pimpinan kerajaan hari ini untuk mendapat dokongan Amerika terpaksa bayar RM78 juta kepada Apco. Dulu bayar RM4 juta kepada Jack Abrahamoff tauke judi maha besar di Amerika Syarikat . Ini kenyataan Pasir Salak, jangan pertikai untuk saya keluar bukti kerana bukti telah dikeluar. Kota Belud tidak berani bangun untuk pertahankan ini," katanya.

Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2010 untuk Kementerian Luar melibatkan peruntukan berjumlah RM110 juta.